Saya pasTi eK0t kamo0 kembali..=) terima kasihh..

Thursday, January 6, 2011

KENAPA ASYIK KERAP KENA ULSER MULUT??

Dengan nama ALLAH..

Kenapa kerap kena ulser mulut?

..Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.

*sekarang nih ada sepasang ulser yang wujud kat gusi dan pipi patik*..sob3..


Simptom-simptom ulser mulut?

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur.


*ha kalau terjumpa patik pastu patik tengok dan teliti je muka kamu tanpa mengeluarkan sebarang suara,sila paham mengapa ya*... he


Mengapa ulser mulut boleh terjadi?

  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.*terkena dawai ko!*..camna tu ah?
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.*haaaa*

Kaedah menangani ulser mulut

Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:

  • Pemeriksaan gigi berkala
  • Gigi yang bersih
  • Amalkan makan secara sihat
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.

*tapi tomyam dengan cili melaka 18 biji memang besh..hmmm camno nih nak elak nih??*


Petua merawat ulser di mulut

  • Gunakan pencuci antiseptik mulut
  • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air*PENTING!!*

Dipetik dari :http://www.cybermedik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=75


note:So lepasnih silalah KETANGKI AIR berhampiran dan sedut sebanyak mungkin ya untuk transfer air ke dalam badan sekian....

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang ulser mulut di SIHAT SELALU - Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah

Related Posts with Thumbnails