Saya pasTi eK0t kamo0 kembali..=) terima kasihh..

Sunday, October 30, 2011

Ke Li Ru !

Dengan nama Allah


"nak hantar atau tidak.. "..
hmmm



=.*

Wednesday, October 26, 2011

Asal cuti ada kerjaya khas!

Dengan nama Allah




*kerjaya waktu cuti..
sekian..


salam
;))

Friday, October 21, 2011

Perjalanan selepas MATI ..

Dengan nama Allah..

Patik Tahu ianya satu essay yang panjang.
Tapi sumpah anda tidak rugi jika membacanya..
;)



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Esok Balik beraya!!


Dengan nama Allah


 Kata 1 Malaysia kan..
makanya haruslah sambut Deepavali selama semingu lebih-lebih sikit dirumah kan!
yay! sumpah taksabaq nak balik esok !

itu saja..

oh yah! currently sedang tatap blog si gadis manis ini.. http://dianrainbow.blogspot.com/
supperb!

*Teringin nak cantik... hmm Alhamdullilah dengan apa yang dikurniakan..

;)

super duper gojes la awak ni Dian  ..
nk usha dia sila klik sini 

Sunday, October 16, 2011

Perlukan

Dengan nama Allah..


" Allah tak beri apa yang kita mahukan,
Tapi Allah beri apa yang kita perlukan ..."

^_^



Pertandingan Hari Inovasi IPG KBM

Dengan nama Allah

antara gambar sepanjang hari tersebut..


 "Ang dok cakap muhong pa weh?"
hahah



 Antara pengunjung yang hadir..
;)


 ahah ituh dia para penilai dah mai!



Mari melukis!!
orang sebelah saya ini berbakat ukeh!
;)



Bilamana tidak boleh nak jawab soalan yang diutarakan  makanya 
 bolehlah  ketawa mengilai sebegini yah!



 eh ! eh!


Pensyarah pon mai nak belajaq..
Thanx Dr!
;)


 tettt~




Macam cantek lak gmbar mereka berdua nih kan..
ehem-ehem..


 hahaha
buruk gila muka anq awi weh!..
oh ya! dia ini juga amat  berbakat besar.
beliau lah yang bertanggungjawab mengajar kami semua..
pesyen hebat terok anq weh!

hARI kEDUA


 Kenal dak sapa nih??
beliau lah  Y.Bhg Datuk  Haili  Bin Haji Dolhan
 Ketua Rektor  Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia,


Kalut !


 hah lepas dah..
fuhh

 Jiran sebelah ;)
inovasi menggunakan sisik ikan sebagai kraf


ha hatnih geng berbakat gak nih !


Baiklah..
sampai bertemu
salam
;)



Walaupun tidak berjaya merangkum tempat didalam pertandingan ini
namun secara jujurnya banyak sangat ilmu baru yang patik dan rakan-rakan peroleh..
betul!
Oh ya..tahniah buat ke tujuh-tujuh  pemenang. ;)


Thursday, October 13, 2011

Animasi chibi Untuk inovasi


Dengan nama  Allah

Baiklah Seperti mana yang kita tahu murid-murid akan tertarik pada sesuatu yang bergerak dan comel.
betul tak?
Makanya Guru tuh mestilah bijak dalam mengunakan media untuk aplikasi minat murid tuh..
Tak kisah lah murid tuh lukis cantik atau tak.
Dengan adanya animasi macam ni hasil  yang penah murid buat tuh walaupun tak berapa nak menarik tapi bila dia nampak lukisan dia sudah menjadi animasi
PASTI dia bangga kan?
haaa! itu yang kita nak sebenarnya..

 kat sini ada beberapa hasil yang telah dianimasikan.





ini animasi yang patik telah buat.. request from Pn. Zainon.
Athirah ngn Adymon yang lukis.
pastu cepat cepat  masuk laptop dan klik2..
kemudian siap!
 tidak sampai sepuluh minit pun..



Ini pula animasi bentuk pergerakan.
Paling simple dalam banyak-banyak animasi..
ini sesuai untuk Bahan Bantu Mengajar untuk mengenal bentuk mahupun warna.
;)

Seterusnya 
Nak naikkan semangat sendiri haruslah tulis sebigini rupa.
hehe..;)




Mudah sangat kalau kita tahu cara.
Mungkin ada yang sudah tahu cara penghasilannya.
Jika  rajin  patik akan buat video susulan..JIKA!
ilmu yang sedikit cuma nih haruslah dikongsi kan kan..

hehe..


oh ya buat  Team Group yang lain.terima kasih diucapkan.
dan untuk sifu AWIwu! thanx turunkan ilmu yah!
*nanti ajaq aku lagi weyyyh! hehe

;)
*live at Dewan Za'Ba IPG KBM

Baru saja ...

Dengan nama Allah


Baru sahaja terjatuh.. 
sudah dipecahkan..


hailah jiwa...




; )

Wednesday, October 12, 2011

BERBUNGA

Dengan nama Allah..


 HATI.. ku  biarkan kau untuk bersiar
kerana  kotak kosong masih  punyai lopong .

;)


oh yah ! esok ada pertandingan inovasi peringkat IPG..patik hanya cuba mana yang termampu..semoga berjaya semua! ;))

Tuesday, October 11, 2011

Trip to SABAH !!! *;))

Dengan nama Allahh

*dah boleh sengih-sengih senyum- senyum bagai dah..










Dekat aiport Kota kinabalu..
baru lepas tangkap gmbar ngn apa nama..er..Datok Misbun Sidek dan adiknya..

Gunung Kinablu pada jauh





Pokok bunga loceng yang paling esar yang patik pernah tengok..

Kat pasar Kinarut .


Muzium apa tah..
lupa..hehe


KDCA !Perkampungan masyarakat Kadazan 


 Padang IPG kent 
;)

sedap sangat puding roti..tq na hampa2 semua.!













Subhanallah ~


sampai bertemu lagi !
sekian..gambar yang lain akan menyusul kemudian !
nantikan!

oh ya..esok mahu trip ke IPG kampus Ampuan Afzan ,Pahang pula..
kerana ada lawatan untuk pameran seni disana..
oh ! 3 minggu nih asyik berjalan saja..
suka sunguh baq anq !!hehe..
;)






Wednesday, October 5, 2011

Dinner!

Dengan anma Allah





ini kepingan  3 jam yang lepas..
letih la.. makanya mahu tidur sekarang
huhu
baki selebihnya akan diupload kemudian jika rajin yah..

;)

sampai bertemu..
assalamualaikum..


"Geleri Mistik " yang tetttt~

Dengan nama Allah

seiring dengan   pameran Seni yang tiap tahun dianjurkan oleh setiap maktab
makanya maktab patik pon tidak terkecuali..
tapi kali ini PISMP semester 4 bukan mengambil  tugas sebagai penyabut tetamu mahupun pembuat tembikar mahupun bersulam manik.
tetapi  kami diarahkan membuat rumah hantu yang dinamakan "Geleri Mistik! "

 walaupun agak menderita menjadi hantu tetapi sumpah enjoy !
hehe..
bila dengaq orang-orang menjerit,menangis  dan lari kepintu masuk untuk keluarsemula  kerana tidaksanggup meneruskan perjalanan lagi..
dAN ianya sangat puas !
haha..
mana tak nya..kiranya kami nih sebagai hantu-hantu dianggap berjaya la kan??
hee.


tiba2  terjadi makeup drama lak kan..
makanya patik main letak saja adunan nih kat muka beliau nih..
hehe..

sat-sat,tambah ayaq sikit lagi !



tempek tempeyek tempe 
;)

SSebelum 





selepas ! 


 dan akhirnya berjaya menyiapkan seekor hantu susu
 haha..

pocong dan ..er..saya
haha..


nenek kebahhhyan!


yang nih yang paling mendapat jeritan yang tinggi 



 yang sebelah patik nih pulak la muanya.
Nur azizah Abdul Halim..


sakit kot kena tumbuk !!
;'(


ahah ! sesiapa yang rasa nak pegi dinner dan mahu makeup sebigini sila contact  beliau ini yah..
sumpah berbakat anq jijah! 


grrr~

melupaihh habeh!

  err..
kostum patik  tak dan nak pakai..
sekian..
he



baiklah ! sekian dahulu.


sampai bertemu.

oh yah ! syabass buat semua classmate2 patik na! 
PISMP SEMESTER 4D.
terbaik la hampa! 
;)

Related Posts with Thumbnails