Saya pasTi eK0t kamo0 kembali..=) terima kasihh..

Friday, October 19, 2012

Tahniah LINO !! woh0o!

Dengan nama ALLAH

Oleh kerana cik kak rumate menang  Naib Johan dalam Pertandingan Pantun Serumpun .
Maka .. Alhamdullilah terucap apabila beliau berbesar hati nak belanja makan malam !
ehe!  tAHNIAH LINO ! Mengharumkan nama IPG . Harumkan  nama Malaysia .
Dear rumate ! 
Moga lebih bertambah maju jaya lah hendaknya.
Doa dan sokongan aku  dan yang lain sentiasa belakang hang .
ok?

Terbang tinggi siburung kenari
Hinggap sebentar di pohon kari
Kalau masuk acara pantun sehari
Mohon -mohonlah belanja lagi ! 
<3 p="p">




Paparich yang sangat sodap !

Im proud of u lino ! Pulun . <3 p="p">


Sampai bertemu . Assalamualaikum.


Tak sabar .

Dengan nama Allahh..

Tinggal beberapa hari lagi tampok pimpinan aku lepaskan.

Sungguh aku tak sabar .
Taksabar nak rasa aman dengan bunyi arahan sini sana ..

Taksabar nak dengar bunyi aman dari suara yang busuk berbau
Taksabar nak rasa jauh dari tanggungjawab.Amanah .
Tapi yang pasti aku dah pegang amanah ALLAH  tuh betul-betul erat .
Setiap hari aku berdoa,berlawan dengan perasaan sendiri .

hmm..

Jika bersoal tentang ikhlas ,
Jujur aku tak ikhlas pada mulanya .Sungguh .
Hampir setiap pagi aku akan merengus geram muka macam tenok segala .
 Hanya rumate aku saja yang faham .Sory Lino !

Iyala bagaimana kau nak ikhlas kalau hati kau tak rasa sepertimana orang lain paksa kau untuk rasa.
Seolah-olah kau tak suka mandi dalam longkang yang hanyir busuk hitam,dan orang sekeliling kau suruh kau terjun dalam longkang hanyir tuh  juga dan suruh kau kosongkan longkang tuh dan isi semula  dengan air sabun sorang sorang? Mampu? Mesti kau takfaham kan.
Tak apa. Itu bukan yang utama,
Tapi  bila aku terus cuba dan cuba lagi sampai adakalanya  muntah tersedak dek kerana tertelan air longkang berbau itu,kemudian baru aku rasa . Aku bau . Seterusnya terlekat di celah hati.

Sebenarnya ada benda tersembunyi dalam longkang tuh. Baiklah . Sangat bermakna .Nak senangkan orang-orang yang kau sayang dengan bau yang indah asyik wangi diakhirnya mestilah berkorban sedikit . Walaupun orang taknampak dan tak tahu pun  yang kita dah tertelan hampir separuh air longkang tersebut .kan?Baiklah kena ketepikan isu air longkang sebab aku pun dah naik jijik . Oh ya . Sekarang nih longkang tuh dah bersih . Sebab mungkin aku dah rasa bau  nyaman bila sembur febreze . Alhamdullilah . :)

Mungkin benar kata seseorang kepadaku, Aku ni lebih berjaya mentadbir orang kecil dari orang dewasa . Aku takmampu dan aku rasa aku taklayak pun. Dunia ini ada macam-macam kan . Dan bagi yang hadap nak pimpinan yang kau rasa gah biila ada orang kata kau buat kerja sini dan celah sana. Maka ambil lah. Ambil semua pun tidak apa. Mungkin kau dilahirkan sebegitu .Tapi beringatlah. Buat amanah Allah tuh elok-elok.  Jangan biarkan orang tengelam dalam longkang yang dalam yang telah kau cipta . Kesian . Dan jangan risau . Aku sama sekali tak akan ganggu kau. Sebab itu bukan dunia aku.


Yang pasti untuk semester ini banyak benda aku belajar,
Baik isu  mulut, hati  dan lain. Senang cakap semua isu orang dewasa yang kadangkala aku sendiri pun takfaham .


Buat salah , Takbuat salah . Bila takbuat apa-apa pun salah . Itu permainan dunia . Dan sudah lama aku terima. 

Untuk yang menghargai. Terima kasih . Sumpah hampa buat aku terharu bilamana ucap semua benda tuh haritu. Sayang hampa . :')

 Untuk yang diam dan hanya memukul biduk dicelah ketiak tu. Itu masalah kau. Aku manusia seperti kau. dan aku takpernah dibayar oleh kau untuk jaga hati kau setiap saat. Takesah seberapa tinggi mana usia dan ilmu kau. Hidup aku kerana Allah. Amanah yang aku pikul pun aku buat kerana Allah.. Dan hampir setiap hari aku berlawan dengan perasaan supaya terus jadi ikhlas untuk jalani hari-hari aku . Bukan kerana siapa. Bukan kerana pujian

Cuma yang utama . Amanah,tanggungjawab,hati  kau semua kerana Allah .  Berilah sebanyak mana tetapi jangan mengharap lansung balasan setinggi bukit. Kerana Semua untuk Allah . Bukan orang lain...InsyaAllah  kerja kau akan jadi mudah. Itulah yang aku praktikkan dihujung-hujung sem nih...

ok banyak menaip sebab bunyi titisan hujan yang takhenti. hehe.Selamat malam . . :)

Thursday, September 20, 2012

Cuma Kita

Dengan nama ALLAH



Kadang-kadang takperlu beritahu apa yang kita tahu untuk buat semua orang tahu .
Dalam hubungan ada kau dan aku. Cuma kita .
Makanya cukup sekadar kita sehaja yang tahu kan?

Aku bukan jenis menunjuk up status yang kata aku sayang cinta cinta kau atau mesej berjela-jela segala.
Maaf. Itu bukan cara aku . 



Lagi 2 Hari

Dengan nama Allah.

Sudah lama rasanya tidak menjengah
Oh ya, 2 hari lagi akan tamatnya praktikum Fasa 2 di SK.Sg Rawang,Sepang.
Alhamdullilahh . Semua berjalan dengan baik dan selesa
Masalah itu tak mungkin lari kan ?
Makanya itu rencah yang buat aku rasa  lagi bahagia disini .

Berdamping dengan orang yang tidak pernah aku berdamping
Makan dengan makanan yang sebelum ini aku tak pernah tahu
Bau benda yang kat bandar takboleh dapat
Sumpah itu seronok. Lazat . Gembira

Lagi 2 hari,
Rasa sesak sendat semak bila fikir akan bebenan kerja untuk belajar semula,
setelah 2 bulan tanpa kelas
Mahu tidak mahu pasti akan dihadap

Mengadap orang kecil lagi senang lagi mengadap orang besar kan?
itu aku yang aku rasa.

Moga hati kita akan terus ikhlas . :)


Tuesday, July 17, 2012

Jarak .

Dengan nama ALLAH

 YA Allah.. sesungguhnya diri ini risau.
risau hingakan  air mengelegak dari cerek boleh diminum seperti ada ais batu 80 kilo.
hmmm

Moga semuanya tiada apa-apa .

Jarak yang sedepa
Sungguh aku inginnya  terjadi  pada waktu ini.!
Biar apa cara
Namun apakan daya.. hmm

-1.53am 180712


note: terima kasih untuk bungkusan tersebut :)

Monday, July 16, 2012

NIKMAT YANG PADAT

Dengan nama ALLAH



Nikmat ~ A. Samad Said

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

A. Samad Said
(Benih Semalu)

Wednesday, July 11, 2012

donat donat !!

Dengan nama ALLAH

eh ! terima kasih mektak !! naanti mohon belanja lagi ek !!
:)

kemudian .


akibat moja baru beli kereta maka haruslah bawak patik pegi makannn menaiki kereta tersebut!hehe.
thanx moja.!






ok sekian.

Next week dah nak praktikum .. hmmm ..  :)


Sunday, July 8, 2012

Hormat .

Dengan nama ALLAH

Antara dengar kata dan hormat
Semestinya aku pilih hormat .
Makanya  belajarlah menghormati .
Walau tidak banyak cukup hanya sedikit.

:)

p/s untuk diri yang serba kekurangan ini .

Sunday, June 24, 2012

Nak baru je kau kan !

Dengan nama Allahh

Semester baru !
Azam baru !
Jawatan baru !
Spek baru !
Fikiran baru !
Orang baru !
hah??

hehe..

Puan Rumate yang suka karok .



harap  jawatan  yang takseberapa  dan kepercayaan yang diberi ini membuat patik lebih matang dan memberi pengalaman yang berganda lipat walaupun demi Allah aku akui aku taklayak lagi . 
tEtapi insyaAllah . amanah ini akan digendong sebaik mungkin.!


Makanya. patik akan cuba sedaya mungkin untuk bertanggungjawab dan  membuat semua orang  untuk hatinya dijaga.
And for those yang tak mahu mengikutinya  Teruskan . Terima kasih . Sesungguhnya aku takrugi apa apa pun nokk ! Perlu la pulak aku kan ! hhahaha

Untuk orang baru pula . Selamat menjadi orang penting !^___^

Baiklah . Assalamualaikum .





Wednesday, June 6, 2012

Cuti sem 5 dah nak habis!

Dengan nama Allah !!



 masak itu seronok rupanyaa !

:)



next week sudah mahu pulangg... adoiii.  satnya laaaha qasa.. hmm jadinya manfaatkan cuti yang terluang nih dengan mencuba masakan baru ! harap -harap menjadi ! kemudian boleh sama-sama pakat rasa kannn..

oh ya! patik baru dapat anak sedara baru. anak menakan habaq kat anq !!huhu..
Welcome to the world Dhia Schahmiena Ahmad Dhuha!! Gambaq cuya takdan nak boh lagi.. Dan lagi satu!! rupanya jaga ibu besalin taklah susah mana kalau tau cara !Walaupun takcukup tidoq tapi best bila banyak ilmu kita tau secara tidak langsung ! sungguhhh !kau takpercaya?.. mohon pergi tanya cikgu kau kat sekolah !hehe

Tuntasnya ,cuti? memang seronok ! tapi tak kan mungkin mampu halang waktu supaya berhenti ketika ini kan. makanya harus bersyukur sebab  harinih  ada dan mungkin kita masih lihat esok kan? :) Assalamualaikumm.

Saturday, May 12, 2012

EXAM week !

Dengan nama Allah


 Go Nik !

selamat buat semua
moga kita semua berjaya!

:)

Monday, May 7, 2012

MIMPI

Dengan nama Allahh

semalam aku mimpi..

mimpi aku kawin dengan  seseorang..

menakutkan..


Disini ada perkongsian sedikit mengenai mimpi. Apa yang harus kita buat selepas bermimpi..


Adab Selepas Mimpi

Oleh kerana gelanggang takbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah saw. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia. Dan seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :

1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)


Hmm.... 

Tuesday, May 1, 2012

Lain jantina?

Dengan nama Allah

 Kalau dengan semua oRang kau takboleh bekerja dan buat muka sini sana dan semua benda kau anggap salah orang lain... Taktahulah nak tolong macam mana sayangku...

Tapi pelik. ..sedangkan dengan berbeza jantina boleh pula kau layan baik-baik,,berdedikasi dalam bekerja dan  tersengih segala kan..

Atau kau nak semua orang tukar jantina  yang berbeza untuk boleh bekerja dengan kau?hahah

MUSTAHIL !

adoii takfaham dengan manusia.

oke bye!


Thursday, April 26, 2012

Masalah?

Dengan nama Allah



" Masalah tidak akan dipanggil masalah kalau ianya dapat ditangani "..

makanya ia bukan masalah kalau dapat cari jalanya!



bukan kah  kau dah besar untuk fikir yang itu  wahai suhaira ! ya.

^_____^



NOTE: teringat pesan mama : "Allah tidak akan menganiyai umatnya "..   :)

Wednesday, April 25, 2012

TAK PERLU

Dengan nama Allah



Apabila tiba-tiba kau rasa sesuatu  itu tak perlu diperlakukkan .
Sedangkan hal tersebut remeh dan dapat diselesaikan ,

mungkin ianya benar   . TAKPERLU ! .
 kadang kadang kau kena percaya hati kau bukan ?


Antara putera kacak dan kalian.

Dengan nama ALLAH

"Kalau ada bilik yang bertiga mesti kita dok tiga orang kan..."
-kak zura

"Aku suka makan pasir!!"
-Sitiaq

"Kalau aku diberikan pilihan antara putera kacak seribu orang dan kalian ,
pastinya akan ku pilih kalian !"
-me

hahaha .

Thanx for being such a great friend beb !




Tercipta dalam diri

Dengan nama Allah:

Nyanyikanlah keresahan mu dalam tulisan,
Goyang - goyangkan agar ia lalai,
tentang pedihnya kenyataan,
Lenggokkan tubuh,
Ke kiri dan ke kanan,
Agar keresahan, memujuk jiwanya sendiri,
Tarikanlah ia mengejek rentak hasad dengki,
Mengubati luka - luka,

Hirisan duniawi.
Perit ini akan hilang.
Bukan janji, tapi pasti !


Penyembuhnya bukan dihujung dunia,

tapi tercipta dalam diri.




-ZAHIRIL ADZIM..

Saturday, March 31, 2012

Aku takmahu sebulan ini berlalu boleh?


Dengan nama Allah






 Aku sukakan suasana sekolah  berbanding di tempat pengajian.
Aku sukakan mengajar dari belajar .
Aku suka ke kelas yang bermurid  dari kelas yang semuanya dewasa.
Aku suka senyuman ikhlas berbanding yang sinis berkelat.


:)



Terowong .

Dengan nama Allah




Aku takfaham dengan orang yang lagak arah situ sini  bergaya
Sedangkan hati kosong lohong bak terowong.



Biar jadi kuda dari lembu .


Dengan nama ALLAH






kalau kau kata lalang itu halus halus 
makanya . jangan salahkan kuda sekiranya dia masih pijakpijak kau wahai lalang

hmm..



Friday, March 30, 2012

Antara praktikum dan segala beg.

Dengan nama Allah

sedar tak sedar minggu nih sudah masuk minggu ketiga patik menjalani berpraktikum .  
Di mana? hah. kat S.K Jalan Bellamy.KL!.
*sangat popular dengan rojak dan ikan bakar Jln Bellamy.sila jemput mai naa!*
dan sekiranya berpraktikum tidak sah lah sekiranya tidak mengending dan mengalas 3 /4 beg sebagai juadah harian badan seharian.
 Malahan setiap guru  yang sedang menjalani praktikum pon mengalaminya juga. 
Dan jangan tanya tahap kepenatan setinggi maana .
Tetapi apabila terpandang pelajar-pelajar yang comel-comel belako. Rasa letih penat marah bagai hilang bak ditiup angin pagi...hehe.. Sungguh!
:)

eh!


arr!


 sangkut kunci

oke byep!

:)

Assalamualaikum.


note: Untuk diajar supaya belajar menjadi orang berpelajaran bukan senang.


Sunday, March 18, 2012

Bunga boleh buat orang tersenyum .



Dengan nama ALLAH




-Terima kasih untuk ini .
Dan aku percaya  bahawa ia mampu buat seseorang tersenyum .
Oh hati wanita. 
Lembutnya kau.

Dan aku harap kau dapat apa kau nak . 
=)

Tuesday, March 6, 2012

Satu lagi nama .

Dengan nama Allah


"Aku suka tengok kau "..


Makanya..
Syabas kerana nama kau sudah tersenarai  dalam kamus dalam almari.
ya tahniah !

:)


, Selamat malam bintang-bintang  sekalian . (",)



Monday, March 5, 2012

Hari SUkan IPG KBM di UPM

Dengan nama ALLAH


 eh eh eh.


seronok jadi  paling muda dari yang lain.



 
tukaq baju !


Encik Hafiz Comel !
*beliau akan observe  praktikum patik .
yay!



 smart !

 pemenang dihati hadirin  walaupun tiada hadiah.
:) go !






mata yang penat dan hati yang puas !





PERWIRA ! PERWIRA ! PERWIRA !


Sekian saja untuk tahun ini. sampai bertemu lagi. :)

Monday, February 27, 2012

Setelah hampir 4 tahun tanpa cakera !

Dengan nama ALLAH

Tempat : Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,KL
Tujuan : Pertandingan  Lempar Cakera Wanita Akhir  .
Mo0d:  :)



regangan itu sangatlah penting !


stress .


ini baru dipanggil atlet !
go akak !


wakil dari Perwira 
hot white ! *gambaq memey selalu menipu betol lah .
.



hmmm..


Walaupun bukan ditempat pertama . tetapi tetap bangga dengan diri
dan meskipun setelah hampir 4 tahun taksentuh cakera. 
akhirnya . 

Puas !

sampai bertemu .


note: Minggu depan boleh tatap muka aku yang melegam kilat  disentuh dek matahari. on bye ! Takbir ! ^__^


Saturday, February 25, 2012

MARKA BARU !


Dengan nama Allah  

holaaa ! 
meet my new sayangness !
nama beliau Toress .
sekarang beliau la peneman patik dikala sunyi senang sedih segala .
^___^





 *gambar diambil pada 13. 2 2011



" Alunan mampu merubah jiwa "
"Suara mampu merubah rasa,
dan petikan jari  mampu merubah suasana ."


 sampai bertemu.

gudnite untuk aku . dia dan kamu ! 
:)

Friday, February 17, 2012

hey ! orang kaya .Tanya diri kau .

Dengan nama Allah

 Sekiranya kau bertanya  "bagaimana Melayu mahu maju?"

Aku rasa kau kena tanya diri kau dahulu adakah kau telah maju sehinggakan kau layak mentafsir Melayu yang lain tak maju? .









Monday, February 6, 2012

Hanya aku saja .

Dengan nama Allah


Ya Allahh


Aku bukan gadis yang hanya menadah tangan untuk apa yang dia mahukan.
Bukan gadis yang hanya memegang gincu dan menbelit selendangnya keatas kebawah
Mungkin dulu aku begitu
Berjimba sini sana. Boros tak tahu bila .
Gunakan wang seolah air.

 Apabila aku buat ini itu sendiri ,
Bergetar jari mengangkat bebanan ,
Berpeluh Hapak. busuk makiian serabai segala ,
Berdarah jari kulit dan hati ,
Baru aku tahu kerja keras.
Usaha .

Mama abah..
Niatku untuk tidak menyusahkan mereka
Walaupun pada dasarnya mereka mampu.
Tetapi,
aku ingin mencari apa yang aku nak sendiri
Biar aku lap peluh yang jatuh ini sendiri
Dan biar lunyai kaki betis ku berdiri
Biarlah. hanya aku saja.


Ya Allah redhoilah perjalanan ini.

: ) 

Sumpah aku sedang rindu mereka .

Dengan nama Allahh






Aku taktahu mengapa kenapa aku rindu mereka sangat.
mungkin  akibat cuti selama 4 hari aku habiskan dengan kejar duit kejar duit dan duit..
bangun kerja dan kerja.
sehingga lunyai badan . sehingga bau ayam satu badan.

..

aKU RINDU MEREKA.
SANGAT!

Ketika ini dan waktu ini.
mahu saja aku pulang.

alamatnya cuti yang terluang hanya pada bulan 3 kelak. 
Sebelum  sesi praktikum bermula.

Makanya aku harus sabar.

 :'(


Mr.Sexobeat by Tasha n Syed Syamim!!

Dengan nama ALLAH




 GO teacher!! Hah siapa bilang yang cikgu hanya tahu mengajar?? see !
inilah yang dikatakan  "Multiple intelligences"!-Howard Gardner


And  for you syed syamim! suara hang  sedapp macamm  macaronnn ! gemersikkk !  
your voice seriously break my heart into piecess laaahh ! 
g0od luck  you guys!
:)


Thursday, February 2, 2012

senyum sampaii gusi.

Dengan nama ALLAH


Alhamdullilahhh

first salary!

:)




Monday, January 30, 2012

Sayangku jangan kau persoalkan .

Dengan nama ALLAH

CURRENTLY LOVE THIS SONG!  :)


Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu


 note: nak beli gitaqqqqqqq :)

Selepas Olahraga dan apabila bank penuh .

Bangsar Village !






Related Posts with Thumbnails