Saya pasTi eK0t kamo0 kembali..=) terima kasihh..

Friday, October 19, 2012

Tahniah LINO !! woh0o!

Dengan nama ALLAH

Oleh kerana cik kak rumate menang  Naib Johan dalam Pertandingan Pantun Serumpun .
Maka .. Alhamdullilah terucap apabila beliau berbesar hati nak belanja makan malam !
ehe!  tAHNIAH LINO ! Mengharumkan nama IPG . Harumkan  nama Malaysia .
Dear rumate ! 
Moga lebih bertambah maju jaya lah hendaknya.
Doa dan sokongan aku  dan yang lain sentiasa belakang hang .
ok?

Terbang tinggi siburung kenari
Hinggap sebentar di pohon kari
Kalau masuk acara pantun sehari
Mohon -mohonlah belanja lagi ! 
<3 p="p">




Paparich yang sangat sodap !

Im proud of u lino ! Pulun . <3 p="p">


Sampai bertemu . Assalamualaikum.


Tak sabar .

Dengan nama Allahh..

Tinggal beberapa hari lagi tampok pimpinan aku lepaskan.

Sungguh aku tak sabar .
Taksabar nak rasa aman dengan bunyi arahan sini sana ..

Taksabar nak dengar bunyi aman dari suara yang busuk berbau
Taksabar nak rasa jauh dari tanggungjawab.Amanah .
Tapi yang pasti aku dah pegang amanah ALLAH  tuh betul-betul erat .
Setiap hari aku berdoa,berlawan dengan perasaan sendiri .

hmm..

Jika bersoal tentang ikhlas ,
Jujur aku tak ikhlas pada mulanya .Sungguh .
Hampir setiap pagi aku akan merengus geram muka macam tenok segala .
 Hanya rumate aku saja yang faham .Sory Lino !

Iyala bagaimana kau nak ikhlas kalau hati kau tak rasa sepertimana orang lain paksa kau untuk rasa.
Seolah-olah kau tak suka mandi dalam longkang yang hanyir busuk hitam,dan orang sekeliling kau suruh kau terjun dalam longkang hanyir tuh  juga dan suruh kau kosongkan longkang tuh dan isi semula  dengan air sabun sorang sorang? Mampu? Mesti kau takfaham kan.
Tak apa. Itu bukan yang utama,
Tapi  bila aku terus cuba dan cuba lagi sampai adakalanya  muntah tersedak dek kerana tertelan air longkang berbau itu,kemudian baru aku rasa . Aku bau . Seterusnya terlekat di celah hati.

Sebenarnya ada benda tersembunyi dalam longkang tuh. Baiklah . Sangat bermakna .Nak senangkan orang-orang yang kau sayang dengan bau yang indah asyik wangi diakhirnya mestilah berkorban sedikit . Walaupun orang taknampak dan tak tahu pun  yang kita dah tertelan hampir separuh air longkang tersebut .kan?Baiklah kena ketepikan isu air longkang sebab aku pun dah naik jijik . Oh ya . Sekarang nih longkang tuh dah bersih . Sebab mungkin aku dah rasa bau  nyaman bila sembur febreze . Alhamdullilah . :)

Mungkin benar kata seseorang kepadaku, Aku ni lebih berjaya mentadbir orang kecil dari orang dewasa . Aku takmampu dan aku rasa aku taklayak pun. Dunia ini ada macam-macam kan . Dan bagi yang hadap nak pimpinan yang kau rasa gah biila ada orang kata kau buat kerja sini dan celah sana. Maka ambil lah. Ambil semua pun tidak apa. Mungkin kau dilahirkan sebegitu .Tapi beringatlah. Buat amanah Allah tuh elok-elok.  Jangan biarkan orang tengelam dalam longkang yang dalam yang telah kau cipta . Kesian . Dan jangan risau . Aku sama sekali tak akan ganggu kau. Sebab itu bukan dunia aku.


Yang pasti untuk semester ini banyak benda aku belajar,
Baik isu  mulut, hati  dan lain. Senang cakap semua isu orang dewasa yang kadangkala aku sendiri pun takfaham .


Buat salah , Takbuat salah . Bila takbuat apa-apa pun salah . Itu permainan dunia . Dan sudah lama aku terima. 

Untuk yang menghargai. Terima kasih . Sumpah hampa buat aku terharu bilamana ucap semua benda tuh haritu. Sayang hampa . :')

 Untuk yang diam dan hanya memukul biduk dicelah ketiak tu. Itu masalah kau. Aku manusia seperti kau. dan aku takpernah dibayar oleh kau untuk jaga hati kau setiap saat. Takesah seberapa tinggi mana usia dan ilmu kau. Hidup aku kerana Allah. Amanah yang aku pikul pun aku buat kerana Allah.. Dan hampir setiap hari aku berlawan dengan perasaan supaya terus jadi ikhlas untuk jalani hari-hari aku . Bukan kerana siapa. Bukan kerana pujian

Cuma yang utama . Amanah,tanggungjawab,hati  kau semua kerana Allah .  Berilah sebanyak mana tetapi jangan mengharap lansung balasan setinggi bukit. Kerana Semua untuk Allah . Bukan orang lain...InsyaAllah  kerja kau akan jadi mudah. Itulah yang aku praktikkan dihujung-hujung sem nih...

ok banyak menaip sebab bunyi titisan hujan yang takhenti. hehe.Selamat malam . . :)
Related Posts with Thumbnails